Friday, 28 September 2012


Kata- kata

Dulu dulu aku tak banyak bercakap kat sekolah n aku pendiam. Dah besar2 ni pekerjaan aku menuntut aku cakap banyak... mencik la... aku cadangkan len kali kat skolah diadakan mata pelajaran motivasi dimana student kena diajar tentang self esteem, civilization, communication, and development of quote to live by, especially created by the child his own.baru la diorg ada vision.. setakat tanya cita-cita budak tu je buat apa..

“dulu cite2 aku hebat, nak jadi artis, cikgu senyum je walau suara aku seram..last last jadi misi... huh menyampah taw... tak kesampaian..heh”

Pendidikan moral bukan sama ke? Tak, tak, aku bukan cerita pasal MORAL aku cerita pasal “MOTIVASI.” Memangla ada kadang kadang cikgu bg motivasi tetapi kekerapannya adakah kerap atau jarang-jarang..malah motivasi diberi mungkin pada sesetengah org je(student kesayangan la tu...bwekkk).

Cikgu besar pulak asik bagi ceramah motivasi pagi seperti----->korg jgn itu, jgn ini dan akhir sekali ini adalah wajah pelajar org yang melanggar peraturan dan pengumuman penting sahaja.. motivasi tu secalit jer bagi.. pastu bersurai..

“cer korg pikir betul tak?kan?kan?kan?....”

Nak bagi tahu sat, nak melaksanakan idea ni mesti ada cerdik pandai bakal nak berebut- amik tender buat buku teks la, nak buat teori la dan buka budget baru untuk buka jabatan la... kalau dah masalah bagai nak rak, aku cadangkan supaya buat jerla rakaman suara masa budak budak tu tengah makan tengahari.mudah, jimat dan selamat..

“Aku faham cikgu pun nak makan masa tu jadi merakam suara adalah jln mudah, walaubagaimanapun suara secara life dialu- alukan”

Mengenai suara yang dilontarkan jangan la ala-ala org lelong barangan pasaraya semangat tak tentu pasal, Jangan plak lembik dan nyaring...anjing dengar pun lari... Aku teringin nak dengar kata kata semangat tu diberi macam ton ala gaya jepun yang tegas, ramah, dan mengajak diorg berfikir kebenaran kata2 tu.

“Mesti korg tak dpt bayangkan Ton suara jepun tu kan?ok la aku kasi hint, korang dah tengok cerita KAIJI jepun? Cubalah tengok cari sendiri..jgn la pemalas...”

Yang penting sekarang ni aku rasa dengan kemajuan sepatutnya hadir seiring bersama penduduk komuniti yang bermotivasi dan bertamadun dan berdaya saing...

bukan asik update status facebook je... contoh status paling menyampah adalah “hari ni aku makan tempeyek msk kicap” tap!! enter


kalau boleh baling selipar da lama aku baling status  tu



No comments: