Friday, 29 March 2013

Impian pemimpin bukanlah empuk dikerusi takhta Impian pemimpin bukanlah setakat bersuka- suka Bukan juga bermatlamatkan individual sahaja Malah  bijak mampu mengawal tindak dan nafsu semata.   Pikulan bebanan tanggungjawab disandang kemas, Pukulan emosi antara hati sendiri dan sejagat, Kekecewaan dan pemendaman kekesalan dijaga rapi  agar tak diubah api benci dan dengki.   Bijak mengawal Kekuatan dan menyemai kekentalan jiwa. Demi membawa damai dan sejahtera   Lidah sebagai pemayung semangat jelata, Tubuh sebagai contoh dan idola semua Pemikiran sebagai ideologi yang bijaksana Isi hati Rohaniah megah indah terpelihara   Kata hati telah dipilih teliti, Nista ditukar api penyemarak diri Tak perlu mengangguk pada sang kanan dan kiri Cinta misi dan visi, tertulis terang  dihati   Pemimpin, Pemuitis misi dan visi Pelukis gambaran masa depan yang suci Pemeta strategi unggul dan rapi Dalang pengaruh semangat kala hati melidi   Hadir dikala api marak Bukan sekadar mundar mandir, Bukan juga sekadar muncul Sama sekali tersenyum sindir.   Dasar hati bukan mahu terkenal Jiwa tulus untuk mengenal Terima kasih Pemimpin unggul Kami tak perlukan pemimpin tunggul


No comments: